Sunday 10 June 2012

Tanah-Tanah Yang Dikumpul Untuk Menciptakan Nabi Adam A.S.

Secara umumnya,kite sume tau yg manusia diciptakan drpd tanah…tp,mungkin ramai dlm kalangan kite yg tidak tahu sebenarnye, setiap anggota tubuh badan manusia yg pertama diciptakan oleh Allah S.W.T., Nabi Adam A.S. diciptakan daripada tanah yg berlainan tempat…




Kata Ibnu Abbas :



Kepala Nabi Adam A.S. diciptakan drpd tanah Baitul Maqdis, kerana di situlah berada otak manusia dan di situlah tempat akal.

Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana telinga adalah alat pendengaran dan  tempat utk menerima nasihat.

Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah S.W.T.

Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.

Mata dari telaga Al-Kautsar, tempat utk menarik perhatian.

Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

Tangan kanannya dari tanah Ka’abah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesame manusia.

Tangan kirinya dari tanah Parsi, tempat beristinja.

Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan haus.

Kemaluannya dari tanah Babylon, tempat syaitan membuat tipu daya untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

Tulang dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan.

Hatinya dari tanah Syurga Firdaus, kerana di situ tempat iman, keyakinan, ilmu kemahuan dan sebagainya.

Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoa kepada Allah S.W.T.

        

  • Source: Buku Himpunan Cerita-Cerita Wanita Dan LakI-Laki Dalam Al-Quran Dan Hadis


No comments:

Post a Comment