Assalamualaikum……
Bulan purnama dan
lampu jalan….ape kaitan dua bende ni??....hmmmm. By the way, kalo
kite perhatikan pepatah Melayu contohnye, “Laksana bulan dipagar bintang” dan
“Bagai pungguk rindukan bulan”….kenape asyik bulan je??...kenape xde pun lampu jalan??..mungkin boleh buat “Bagai pungguk rindukan lampu jalan”... haha…harap
cikgu2 BM x marah ek..
Bulan purnama ?? |
Lampu jalan ?? |
Sebenarnye, kali ni YK nk share ckit pengalaman YK time kt Kem PLKN dulu berkaitan dgn bulan purnama dan lampu jalan nih..sebenarnye just YK dan kawan YK kt kem dulu, Rais Adi yg selalu sembang pasal ni time ktorg lepak2 malam weekend..biasenye xde aktiviti time malam weekend kt kem ktorg dulu..tgh dok lepak2,tetibe pulak kuar ayat…”Setelah sekian lama ku mencari, yang ku jumpa hanyalah lampu2 jalan, bukannya bulan purnama”…lepas je malam tu,tiap kali YK bertemu dgn Rais msti 2 perkataan ni la yg kuar,,,lampu jalan dan bulan purnama…errrr,ape yg dimaksudkan dgn lampu jalan dan bulan purnama ni??? Secara logiknye,dua2 bende ni akan menerangi bumi ketika malam..bezanya, kt bumi just ade satu bulan dan lampu jalan pulak byk je..
Biase la time dok kt
kem dulu, mesti boring ckit time malam weekend ktorg xleh nk ber ‘FB’, twitter,
layan movie n sume aktiviti yg selalu buat time kt umah..so,sembang2 je la cara
nk hilangkan boring.. berbalik kepada bulan purnama dan lampu jalan,sebenarnye
dua2 bende ni ktorng ibaratkan mcm perempuan….bulan purnama hanya muncul 14 dan
15 hari bulan setiap bulan Islam dan cahayanya amat terang tatkala malam
menjelma..ktorng ibaratkan seorang muslimah solehah umpama bulan purnama..yg
mampu menerangi hidup dan membimbing org di sekelilingnya ke arah kebenaran dan
kebaikan..sebagaimana kite tau,bulan memantulkan cahaya matahari dan begitu
juga seorang muslimah yg solehah, dia
akan memanfaatkan segala ilmu yg ade pada dirinya dan menyebarkan kpd orang di
sekelilingnya…lampu jalan pulak ktorg ibaratkan seorang gadis yg sebaliknye..x
bermaksud gadis ni jahat tp gadis yg biase2 saje..contohnye, seorang gadis yg x
peka terhadap kewajipan menutup aurat dgn sempurna, x mengambil tahu perkara
asas tentang Islam serta tidak menjaga ikhtilat apabila berurusan dgn
lelaki..ibarat lampu jalan,kadang2 malap dan just statik serta x mampu utk
menerangi suatu kawasan yg luas apabila malam menjelma,…
Sebelum YK
meneruskan coretan YK, YK ingin minta maaf sangat2 andai post YK ni ade
menyinggung mane2 pihak..post ni sekadar utk renungan bersama dan xde kaitan
dgn sape2 pn…baiklah, yg atas ni sekadar definisi sbb YK nk sume org jelas ape
yg YK maksudkan dgn bulan purnama dan lampu jalan..utk post YK ni, bulan
purnama dan lampu jalan YK maksudkan both lelaki dan perempuan, maksudnye bulan
purnama bermaksud lelaki dan perempuan solehah dan lampu jalan sebaliknye..ayat
yg awal2 td, …”Setelah sekian lama ku mencari, yang ku jumpa hanyalah lampu2
jalan, bukannya bulan purnama”, ayat ni bukan bermaksud seseorang lelaki ingin
mencari seorang perempuan utk dijadikan girlfriend tp ayat seseorang lelaki yg
mencari calon yg sesuai utk dijadikan isteri or “Islamic couple”..Allah S.W.T
telah memberikan panduan yg jelas kpd hamba-Nya utk berdoa agar diberikan
pasangan hidup yg terbaik sabagaimana ayat Al-Quran dalam Surah Al-Furqan ayat 74,
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Surah Al-Furqan (25:74)
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Surah Al-Furqan (25:74)
Di samping memohon
untuk dikurniakan pasangan yang mampu menjadi penyejuk di mata, kita juga perlu
sentiasa berdoa agar tergolong dalam kalangan imam bagi para muttaqin..bagi
perempuan pula perlulah sentiasa berdoa agar dikurniakan pasangan yang mampu
menjadi imam yang baik dalam kehidupan mereka.. Malah Rasulullah S.A.W. pun pernah bersabda
mengenai ciri-ciri untuk memilih pasangan hidup berlandaskan syariat Islam.
Rasulullah S.A.W bersabda, “Wanita itu dinikahi kerana empat hal: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya kamu beruntung.” (HR. Bukhari, Muslim dan juga yang lainnya).
Ini jelas
menunjukkan setiap insan perlu mencari ‘bulan purnama’ untuk dijadikan pasangan
hidup agar hidup diberkati dan dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan di
akhirat..walau bagaimanapun, mesti x adil kan andai kite asyik mencari yang
terbaik sedangkan diri kite serba kekurangan dan tidak berusaha untuk menjadi
lebih baik kerana hakikatnya, lelaki yang baik hanyalah untuk perempuan yang
baik dan begitulah sebaliknya sebagaimana ayat al-Quran dalam Surah An-Nur ayat
26,
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
Surah An-Nur (24:25)
Jadi, sebelum kite
berharap agar dipertemukan dengan ‘bulan purnama’, biarlah diri kite sendiri
dulu menjadi lebih baik..sesungguhnya, sesuatu perubahan takkan berlaku dengan
sendrinya melainkan diri kite yang memulakan langkah pertama sebagaimana firman
Allah S.W.T. dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11,
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih
berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya
(dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah
apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri
mereka sendiri. Dan apabila Allah
menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan
kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau
menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat
menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Surah Ar-Ra’d (13:11)
Surah Ar-Ra’d (13:11)
Kesimpulannya,
jangan mudah berputus asa andai diri kite masih di tahap ‘lampu jalan’ kerana
sesungguhnya peluang dan ruang untuk
berubah,berhijrah dan mengislahkan diri sentiasa terbuka luas selagi hayat
dikandung badan dan selagi mentari belum muncul dari barat..diri YK sendiri pun
masih belum mencapai tahap ‘bulan purnama’ dan sama-sama kite berdoa agar
diberi kekuatan untuk menjadi yang lebih
baik dan dikurniakan ‘bulan purnama’ sebagai pasangan hidup di dunia dan di
akhirat kelak….insya-Allah…
Wassalam….
No comments:
Post a Comment