Suatu petang di warung bihun sup utara. Area Pantai Dalam Bandar Kuala Lumpur. Bersebelahan dengan Bukit Angkasa. Walaupun tiada pantai disitu. Tiada juga Syeikh Muzaffar menaiki angkasa di sana. Namun itulah nama. Hiasilah nama anda walau ianya amat berbeza dengan identiti anda.
Sedang menghirup sup yang panas. Bersama Mat yang leka dibuai mimpi bihun sup. Hujan yang turun renyai-renyai buatkan hati bertambah dibuai. Adakah ini tandanya daku mula berhati jiwang.
Tiba-tiba datang seorang pemuda. Rambut serba belah tengah. Dengan gaya yang agak skema bagiku jika dibandingkan dengan zaman 'stylo'nya anak muda kini. Baju tertulis "Girlfriend Wanted". Seluar jeans berkaki kecil. Kasut Converse. Baru ku teringat..ini fesyen Jaguh Lebuh Raya. Sudah mungkin tidak layak baginya berada di Red Carpet ABPBH..Namun apa ada pada baju, andai jiwa seindah berlian.. Asalkan dalam hati ada taman...
Aaron ( bkn nama sebenar ) : Assalamualaikum Ustaz kita..
Ustaz Amirul : Waalaikumsalam orang muda kita..apa cer...dari mana hendak kemana..
Aaron : Dari bandar hendak ke muara...hehe..
Ustaz Amirul : Meh duduk-duduk minum dulu...order apa yang patut.
Aaron : Ustaz ada apa kat sini. Rindu bihun sup ka..
Ustaz Amirul : Saja dah lama tak pekena bihun sup...Nama apa tak tau..
Aaron : Aaron..Saya sekarang dok kerja di Mid Valley ustaz. Kerja kt KFC. Dak ustaz...saya
sebenarnya ada problem ustaz. Problem nih memang malu nak cerita. Tapi dah parah
sangat dah.
sebenarnya ada problem ustaz. Problem nih memang malu nak cerita. Tapi dah parah
sangat dah.
Ustaz Amirul : Apa dia cek...belum masuk gear satu berkenalan ko dah bawak mai problem..kotla
nak bawak durian ka..boleh kita aqiqah ramai2 kat sini...Besaq sangat ka problem tu..
nak bawak durian ka..boleh kita aqiqah ramai2 kat sini...Besaq sangat ka problem tu..
Aaron : Masa itu golden ustaz..straight to the point..Tak la besar sangat ustaz, tapi tiap
malam kita tak boleh tidoq. Ni Rahsia Pohon Cemara punya kisah..Ini kes putus cinta
ustaz!!! Awek saya dah takmau kat saya...dia nak kat orang lain..Mahligaimu Dari
Airmataku ustaz..nyanyian Kumpulan Lestari.

Ustaz Amirul : Aik...muka sikit punya brutal pun pasang awek ka...Dahsyat..
Aaron : Ustaz jangan perli saya..tapi nak buat camana, dah tak boleh nak elak. Moto boleh
pacak satu tayar..Lampu motor boleh menyuluh bulan..Tapi bab awek ni tersungkur
ustaz..Nyanyian Rindu Buatmu..
pacak satu tayar..Lampu motor boleh menyuluh bulan..Tapi bab awek ni tersungkur
ustaz..Nyanyian Rindu Buatmu..
Ustaz Amirul : Betol2..sapa yang tak sedih kalau clash..Brutal-brutal jugak..tapi main dengan cinta
Lukaku Lukamu Jua ni..mana boleh tahan..camana boleh putus tuh..setori sikit..
Lukaku Lukamu Jua ni..mana boleh tahan..camana boleh putus tuh..setori sikit..
Aaron : Ntahla ustaz..hari tu saya tak dak kredit. Tetiba sahaja dia cakap saya ni tak respon
sms dia. Saya dah topup, call dia balik, tapi dia tak angkat sampai kesudah..Luka Lama
Berdarah Kembali ustaz..
sms dia. Saya dah topup, call dia balik, tapi dia tak angkat sampai kesudah..Luka Lama
Berdarah Kembali ustaz..
Ustaz Amirul : La...takkan sebab tu saja..manala nak tau dia tak angkat sebab dia buat-buat merajuk
main cerita hindustan..Perempuan ni dia suka dipujuk...Laki kena jadi macam Tam
Spider.."Relaku Pujuk"..
main cerita hindustan..Perempuan ni dia suka dipujuk...Laki kena jadi macam Tam
Spider.."Relaku Pujuk"..
Aaron : Andai Dapat Ku Undurkan Putaran Dunia..Pujuk mender nya ustaz..tup tap tup tap dia
dah pasang BF baru..Nak cakap hensem, saya hensem lagi...cuma dia smart dekat
baju jer..style katakan..Pompuan sekarang kadang suka tengok style baju pakwe jer..
dah pasang BF baru..Nak cakap hensem, saya hensem lagi...cuma dia smart dekat
baju jer..style katakan..Pompuan sekarang kadang suka tengok style baju pakwe jer..
Ustaz Amirul : Isy2..belum habis tempoh iddah dia dah cari 'balak' baru. Yang ko pun satu..Dah
takdak awek lain ker sampai teringat dekat dier. Ubat aper dia pakai sampai ko tak
leh lupa kat dia..Dirantai di Gelangi Rindu..
takdak awek lain ker sampai teringat dekat dier. Ubat aper dia pakai sampai ko tak
leh lupa kat dia..Dirantai di Gelangi Rindu..
Aaron : Tak boleh la ustaz..Hati ni tak boleh pi la..dok teringat kat dier jer..walaupun dier siap
naik keta dengan pakwe baru depan mata kita..Macam nak siku jer side mirror keta
pakwe dia..Dia ingat moto Yamaha LC saya ni cikai ker..
naik keta dengan pakwe baru depan mata kita..Macam nak siku jer side mirror keta
pakwe dia..Dia ingat moto Yamaha LC saya ni cikai ker..
Ustaz Amirul : Tu la ko...naper tak tukar pakai keta..pakai baju style2 skit..Dah dia buat cenggitu kat
ko, masih lagi boleh tunggu. Kalau ustaz, dah lama tinggalkan awek gitu. Banyak lagi
cikaro kat luar sana. Ko tak rasa macam diperbodohkan ker...walaupun ko tu budak
U, namun ustaz tengok ko ni senang-senang jer kena tipu dengan GF ko tuh...Tak
payah la suka dekat dier lagi..Nanti ko mesti dapat yang lebih baik dari dier.

Aaron : Saya ni dah tahap tak boleh pikir lagi ustaz. Masalah negara boleh lagi nak handle.
Masalah aweks ni ustaz...aduhh..Saya dah tak kisah orang nak cakap aper kat saya.
Mat Jiwang ker, Mat Bunga ker...yang penting awek saya tu saya nak balik..
Masalah aweks ni ustaz...aduhh..Saya dah tak kisah orang nak cakap aper kat saya.
Mat Jiwang ker, Mat Bunga ker...yang penting awek saya tu saya nak balik..
Ustaz Amirul : Ya Allah...dah terang lagi jelas dia buat ko macam tu, ko nak lagi dekat dier...Ko tau
tak, yg dia cakap ko tak balas sms dier tuh hanya sekadar alasan jer. Dia nak cakap ko
yang salah dalam Hubungan nih. Padahal dia yang dah ada BF baru. Dia cari alasan
lain nak cover. Perempuan ni dia pantang digelar 'curang'. Kalau dia dah berkenan
dengan orang lain pun dia tetap akan setia dengan BF lama. Sebab bagi perempuan,
curang tuh dikira jahat habis..tapi kes ko ni dah terbalik..

Aaron : Saya paham tuh memang alasan tak logik. Dia saja nak putuskan hubungan dengan
saya. Bukan sebab saya tak balas SMS dia... Tapi ustaz...ni hati ni..Dah terlalu
sayangkan dier..
saya. Bukan sebab saya tak balas SMS dia... Tapi ustaz...ni hati ni..Dah terlalu
sayangkan dier..
Ustaz Amirul : ya Rabbi..Lupakan saja dia tu. Selalunya lelaki yang curang...Ni terbalik
pulak..perempuan yang curang...mana boleh..Pantang lelaki dicurangi...Sia-sia ko
pakai kasut converse..kalau ustaz, dah lama kasut tu melekat di wajah GF ko...hahah (
Ustaz Amirul sengaja membakar semangat..)

Aaron : Kalau dah hati tak boleh lupa macamana ustaz...bagi la ayat al-Quran yang boleh saya
lupakan ex GF saya ustaz..
lupakan ex GF saya ustaz..
Ustaz Amirul : Dalam al-Quran tak dak ayat khusus untuk lupakan si Aweks.. Namun ayat seluruh
ayat al-Quran adalah penawar yang apabila dibaca, difahami, dihayati...membuatkan
kita melupakan Cinta yang lain selain cinta Ilahi...
ayat al-Quran adalah penawar yang apabila dibaca, difahami, dihayati...membuatkan
kita melupakan Cinta yang lain selain cinta Ilahi...
Aaron : Ok2 ustaz..saya cuba..tapi...Erkk...kalau dah cuba tak boleh jugak ustaz...caner..ada
tips lagi dak?
tips lagi dak?
Ustaz Amirul : Kalau ko tak boleh lupa jugak..ko pegi ketuk Pakwe awek ko tu dengan batu besar,
lepas tuh ko bunuh Pakwe dia...pastu ko kena tangkap..ko masuk penjara. Last sekali
ko mintak dekat warden penjara ko tu, nak buat permintaan terakhir... Ko pinjam kat
diorang radio, kaset dan gitar...Last skali ko rakam nyanyian terakhir untuk bekas GF
ko...Nyanyian Dalam Penjara..."Bertahun Sudah Ku Menunggu Dirimu...Akhirnya Kau
Menjadi Milkku..."...habis cerita..

Aaron : =_____=” ??
Kisah pertemuan Aaron dan Ustaz Amirul sangat panjang. Kisah suka dukanya dikongsi bersama. Puas Ustaz Amirul penat menasihati. Jawapan yang sama..."Saya tak boleh lupakan si dia"..
No comments:
Post a Comment