Secara umumnya,kite sume tau yg manusia diciptakan drpd tanah…tp,mungkin ramai dlm kalangan kite yg tidak tahu sebenarnye, setiap anggota tubuh badan manusia yg pertama diciptakan oleh Allah S.W.T., Nabi Adam A.S. diciptakan daripada tanah yg berlainan tempat…
Kata
Ibnu Abbas :
Kepala Nabi Adam A.S. diciptakan drpd
tanah Baitul Maqdis, kerana di situlah berada otak manusia dan di situlah
tempat akal.
Telinganya dari tanah Bukit Thursina,
kerana telinga adalah alat pendengaran dan
tempat utk menerima nasihat.
Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ
tempat sujud kepada Allah S.W.T.
Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ
tempat berhias dan tempat kecantikan.
Mata dari telaga Al-Kautsar, tempat utk
menarik perhatian.
Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat
memanis-manis.
Tangan kanannya dari tanah Ka’abah,
untuk mencari nafkah dan kerjasama sesame manusia.
Tangan kirinya dari tanah Parsi, tempat
beristinja.
Perutnya dari tanah Khurasan, tempat
lapar dan haus.
Kemaluannya dari tanah Babylon, tempat
syaitan membuat tipu daya untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
Tulang dari tanah Bukit Thursina, alat
peneguh tubuh manusia.
Dua kakinya dari tanah India, tempat
berdiri dan berjalan.
Hatinya dari tanah Syurga Firdaus,
kerana di situ tempat iman, keyakinan, ilmu kemahuan dan sebagainya.
Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat
mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoa kepada Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment